Berita & PendapatMPDP

27 penyelidik terima Geran Penyelidikan MPDP 2.0

SERAMAI 27 penyelidik berjaya mendapat peluang untuk menerima Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0.

Pengerusi MASA, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dimaklumkan MPDP 2.0 mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak.

Bagi penganjuran kali ini, MASA menerima lebih 200 kertas cadangan daripada para penyelidik dan akademia dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Tahun lalu MPDP berjaya menerbitkan 30 kertas dasar dengan penumpuan kepada isu-isu kritikal berkaitan pemulihan ekonomi negara

“Saya yakin MPDP dapat menjadi pencetus kepada kerjasama penyelidikan antara Institut MASA dan IPTA, IPTS serta badan-badan pemikir lain,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan MPDP 2.0 kepada 27 penyelidik yang berjaya tampil dengan idea menarik demi kepentingan rakyat.

“Segala dapatan dan hasil penyelidikan konstruktif dan bernas daripada MPDP 2.0 dapat menyumbang ke arah pembangunan negara sekali gus menyebar luas gagasan kemakmuran bersama demi manfaat rakyat.

“Tahniah sekali lagi kepada Institut MASA kerana menjadi antara peneraju dalam bidang penyelidikan dasar yang berjaya menghasilkan kajian berimpak tinggi seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi,” katanya. – SM

Sumber:https://suaramerdeka.com.my/27-penyelidik-terima-geran-penyelidikan-program-pembangunan-dasar-masa-2-0/

Back to top button