Ringkasan Dasar
Kelestarian Perusahaan Sosial Di Malaysia Pasca Pandemik COVID-19
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia hari ini merupakan krisis kesihatan sejagat yang memberi kesan mendalam kepada setiap aspek kehidupan manusia. Kajian lanjutan oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDESA) (2021) mendapati pandemik COVID-19 menyebabkan kesan sosial yang buruk termasuk jurang pendapatan melebar, penyisihan kelompok masyarakat tertentu, diskriminasi kaum, serta kadar pengangguran yang tinggi. Justeru, selain peranan utama kerajaan melalui pelan pemulihan komprehensif, tanggungjawab badan bukan kerajaan melalui perusahaan sosial (PS) perlu turut sama diserlahkan dalam usaha mengatasi impak sosial pasca COVID-19.