DATUK SERI HAJI MOHD NARDIN HAJI AWANG

Ahli Lembaga Pemegang Amanah

Datuk Seri Haji Mohd Nardin mendapat pendidikan dalam bidang Perakaunan dari Institut Teknologi Mara pada tahun 1984. Beliau memulakan kerjaya di Nadi Holdings sebagai Eksekutif Pentadbiran, sebelum meneruskan kerjaya di Sky Courier International and Pro-Active Solutions Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Komersial dan Operasi.

Pada tahun 1999, beliau telah menjadi fasilitator dan jurulatih di Biro Tata Negara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Beliau kemudian dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009, Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran pada tahun 2011, Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2013 dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2018. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Kebangsaan dan Naib Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia.

Back to top button