DATUK DR. MOHD RADZI MD JIDIN

Ahli Lembaga Pemegang Amanah

Datuk Dr. Mohd Radzi memegang PhD dengan kepakaran dalam bidang Pengauditan dari Australian National University, Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia dan Sarjana Muda dalam Perdagangan dari Universiti La Trobe, Melbourne, Australia. Beliau pernah terlibat dalam bidang akademik sebagai pensyarah Ekonomi, Perakaunan dan Pengauditan.

Tulisan Datuk Dr. Radzi telah diterbitkan dalam jurnal, bab buku dan pelbagai persidangan terutamanya di Australia dan New Zealand. Projek-projek penyelidikan beliau merangkumi refleksi budaya, Sifat Skeptisisme Profesional dalam Pengauditan dan Juruaudit. Anugerah-anugerah yang beliau pernah terima antaranya termasuklah Best Paper Award, High Distinction in Reporting, Assurance Services and Auditing Segments. Beliau terus menjadi pengulas/penyemak Ad-hoc untuk jurnal akademik tempatan dan antarabangsa.

Back to top button