SENATOR PROF. DATUK SERI DR. AWANG SARIYAN

KELAYAKAN AKADEMIK

– PhD, Universiti Malaya, Malaysia
– Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Malaya, Malaysia
– Ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

AFILIASI

– Pengerusi, Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka
– Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
– Felo Kehormat, Institut Masa Depan Malaysia

PENGALAMAN DAN PENCAPAIAN

– Menerima anugerah Profesor Kehormat daripada Beijing Foreign Studies University, Doktor Kehormat daripada World Academy of Arts, California, Anugerah Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia dan Anugerah Khas United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization-Kuala Lumpur World Book Capital
– Merupakan mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka serta Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing
– Dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Goethe, Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara, Indonesia
– Telah menyampaikan lebih 200 syarahan dan kertas kerja di Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jepun, Jerman, Korea Selatan, Perancis, Republik Rakyat China, Rusia, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan United Kingdom, selain di Malaysia
– Telah menulis lebih 60 judul buku ilmiah, buku umum, buku teks, kamus dan buku kumpulan puisi serta lebih 500 buah rencana

[Tempoh lantikan: 1 Ogos 2022 – 31 Julai 2024]

Back to top button