NUR ZALIKHAA’ ZAINAL ABIDIN
Penganalisis Penyelidikan (Sosial-Sementara)
Nur Zalikhaa’ merupakan pelajar Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (Kepujian) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau telah menjalani latihan industri di Institut Masa Depan Malaysia (MASA). Semasa di universiti, beliau terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum terutamanya projek sukarelawan. Beliau berminat terhadap pembaharuan institusi kerajaan yang digariskan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan berharap dapat terlibat dalam penyelidikan berkaitan alam sekitar dan isu kemanusiaan.