NIK AMIN NIK HUSIDEEN
Eksekutif Bahagian Komunikasi Strategik
Nik Amin Nik Husideen merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi (dengan Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun. Beliau pernah menyertai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bersama PETRONAS Trading Corporation Sdn Bhd sebelum berkhidmat di Syenerama Studio dalam bahagian fotografi dan video. Beliau kemudiannya terpilih menjadi Eksekutif Komunikasi di Kementerian Pendidikan. Minatnya yang mendalam dalam bidang fotografi mendorong beliau menjadi jurugambar profesional, seterusnya mengasah kebolehannya menyunting video.