Dalam menghadapi cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia menjunjung pertumbuhan ekonomi yang dijangka mencapai antara 4 hingga 5 peratus pada tahun 2023. Hal ini disokong oleh asas ekonomi negara yang kukuh dan pelaksanaan langkah-langkah pragmatik oleh Kerajaan.
Namun, laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara (DOSM) mengemukakan bahawa jumlah isi rumah miskin di Malaysia meningkat kepada 639.8 ribu isi rumah pada tahun 2020 berbanding dengan 405.4 ribu isi rumah pada tahun 2019. Selain itu, insiden kemiskinan mutlak juga mengalami peningkatan daripada 5.6 peratus pada tahun 2019 kepada 8.4 peratus. Insiden kemiskinan tegar pula dianggarkan meningkat daripada 0.4 peratus pada tahun 2019 kepada 1.0 peratus, melibatkan 78.0 ribu isi rumah.
Dalam konteks ini, adalah penting memahami faktor peningkatan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Faktor pencetus seperti dominasi, eksploitasi, pengangguran, penyakit, bencana semulajadi, dan keadaan yang tidak terduga lain boleh menjadi punca yang mendorong kepada kemiskinan di Malaysia.
Webinar ini akan diunjurkan bertujuan untuk membincangkan isu kemiskinan yang boleh dikatakan bersifat secara berstruktur iaitu permasalahan kemiskinan yang disebabkan oleh kelemahan sistem. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, memupuk dialog, dan menginspirasi tindakan kolektif dalam membina masyarakat yang lebih inklusif dan tahan bencana yang memberikan peluang yang sama kepada semua rakyatnya.
Webinar ini akan dibahas dalam perspektif ekonomi dan mengenalpasti isu dan cabaran ke arah peningkatan kualiti hidup dan kemampanan kehidupan rakyat.
LAPORAN PROGRAM