Seminar

Isu Ekonomi Semasa Bersempena Belanjawan 2023

Pada 10 Januari 2023, Bank Dunia mengurangkan unjuran kadar pertumbuhan tahun 2023 kepada 1.7 peratus, jauh lebih rendah berbanding ramalannya dalam laporan Prospek Ekonomi Global (Jun 2022) sebelum ini iaitu pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus. 

Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun, selepas kemelesetan besar yang berpunca daripada krisis kewangan global 2009 dan pandemik COVID-19 pada 2020. Unjuran pertumbuhan ekonomi global yang perlahan ini disebabkan perang Rusia-Ukraine yang berterusan, kenaikan kadar inflasi dan kadar faedah bank pusat, sekali gus meletakkan ekonomi global 2023 di ambang kemelesetan

Belanjawan 2023 harus merangkumi kebajikan semua lapisan masyarakat, di mana rakyat harus menikmati kemakmuran negara secara adil, saksama dan inklusif, selaras dengan falsafah “tiada siapa yang ketinggalan”. Bagaimanapun, dengan jangkaan kemelesatan ekonomi dunia yang semakin hampir, pihak Kerajaan perlu lebih proaktif, pragmatik dan responsif dalam perancangan pelan dan strategi pembangunan sosioekonomi untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan negara. 

Webinar yang akan dianjurkan ini bertujuan untuk membincangkan Belanjawan 2023 yang baru dibentangkan di Parlimen, dengan melihat dari perspektif sosio ekonomi, seterusnya mengenalpasti isu dan cabaran ke arah peningkatan kualiti hidup dan kemampanan ekonomi.

 

LAPORAN PROGRAM:

Back to top button