KHAIRUL SYAKIRIN ZULKIFLI

Penganalisis Penyelidikan (Politik)

Khairul Syakirin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains Politik) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau seterusnya menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kemanusiaan dengan pengkhususan dalam Sains Politik pada tahun 2017. Beliau kini dalam fasa akhir menyediakan laporan untuk Ijazah Kedoktoran dalam Sains Politik di UIAM. Kajian beliau adalah mengenai ‘Polarisasi Pengundi: Kajian Perilaku Mengundi Kelantan dan Selangor Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14’.

Khairul Syakirin mempunyai pengalaman selama 6 tahun bekerja dalam bidang penyelidikan dan telah membuat penulisan akademik dalam pelbagai jurnal nasional dan antarabangsa. Pengalaman beliau juga merangkumi penyelidikan di Pusat Pengurusan Penyelidikan UIAM serta di Institut Masa Depan Malaysia pada 2019 hingga awal 2021. Atas kapasiti sebagai penyelidik MASA, beliau telah merangka cadangan strategik tentang implikasi sosial Covid-19 kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, beliau juga telah menyusun data terpilih untuk kegunaan Pejabat Perdana Menteri. Beliau mempunyai minat mendalam dalam penyelidikan dan penyediaan dasar berdasarkan data yang berkualiti dan bebas.

Back to top button