DR. KHALID ABDUL HAMID

Ketua Bahagian Dasar Dan Penyelidikan

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Ekonomi Pembangunan dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Khalid Abdul Hamid mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam penyelidikan pelbagai bidang khususnya ekonomi dan sosial.

Sebagai mantan Pengarah Bahagian Industri Perkhidmatan di Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau bertanggungjawab mengetuai penyediaan kertas-kertas dasar, laporan dan dokumen berkaitan ekonomi, kewangan serta sosial termasuk input untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Semasa di Kementerian Kewangan, beliau mengetuai pasukan yang ditugaskan menyediakan Laporan Ekonomi serta Belanjawan 2015 dan 2016. Jawatan terakhir beliau adalah mengetuai Unit Penyelidikan Strategik Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Beliau juga sering dijemput membentangkan hasil kajiannya di dalam dan luar negara. Antaranya, kajian tentang Pasaran Tenaga Bersepadu di Asia Tenggara yang dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Brunei dan Jakarta pada 2011. Kertas penyelidikan beliau mengenai kesan kenaikan kadar tenaga terhadap industri makanan turut mendapat perhatian Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN (AMM) pada 2012, malah diterbitkan jurnal terkemuka ERIA.

Back to top button