MOHD SYAFIQ FIRDAUS MOHD SAYUTI
Pengurus Bahagian Komunikasi Strategik
Mohd Syafiq Firdaus merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Senibina dan Pembinaan Kapal) dengan Kepujian dari Universiti Kuala Lumpur. Beliau pernah berkhidmat di JFix Solution Sdn Bhd sebagai Ketua Pereka dan berkebolehan dalam menguruskan laman sesawang. Minatnya yang mendalam dalam Pengurusan Media dan Komunikasi Strategik membolehkan beliau dilantik sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2021, sebelum memegang jawatan Pegawai Tugas-tugas Khas di Kementerian Pendidikan pada 2022.