LILI FARIZA ARIFFIN
Pengurus Bahagian Pengurusan Program
Lili berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Polisi dan Pengurusan Sains dan Teknologi serta Sarjana Sains, Teknologi dan Kemampanan daripada Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 11 tahun dalam bidang pengurusan meliputi pengurusan program seperti seminar kebangsaan dan antarabangsa, pengurusan geran penyelidikan universiti, pengurusan implementasi strategi kemampanan syarikat serta pengurusan pematuhan.
Di bawah skop tugas sebagai Pengurus Penyelidik Kluster Sains Kemampanan, beliau pernah mengetuai Program Inisiatif Hijau anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air semasa Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan SEA Para Kuala Lumpur pada tahun 2017. Semenjak beralih ke dunia korporat, Lili terlibat dengan pengurusan atasan syarikat di Bursa Malaysia dan QSR Brands Holdings dalam pelbagai perkara antaranya laporan tahunan, mesyuarat dan laporan Lembaga Pengarah. Beliau mempunyai minat mendalam di dalam pengurusan projek, latihan dan penyelidikan serta perkara-perkara berkaitan pematuhan.