AYOB HASSAN

Eksekutif Bahagian Pengurusan Program

Ayob merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) serta mempunyai sebelas (11) tahun pengalaman dalam program serta pengurusan media. Beliau pernah berkhidmat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Unit Program dan Latihan (UPL) serta menjalankan tugas-tugas pengurusan acara seperti persidangan antarabangsa, seminar kebangsaan, muzakarah pakar, persidangan meja bulat, bengkel, forum dan lain-lain program yang berkaitan. Beliau berpengalaman dalam bidang perhubungan korporat seperti mengarang penerbitan, menguruskan kunjungan hormat, lawatan, pameran dan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Ayob pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang IKIM pada tahun 2014 dan 2018. Beliau juga berkebolehan menguruskan media sosial, selain mengacara majlis formal dan tidak formal. Ayob mempunyai minat yang mendalam di dalam pengurusan media, program dan latihan.

Back to top button