LIWANI CHE LONG
Eksekutif Bahagian Pengurusan Program (Sementara)
Liwani adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman dari Universiti Malaya (UM). Beliau pernah berkhidmat dengan ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC) dan CARI ASEAN Research and Advocacy (CARI), yang antaranya bertanggungjawab terhadap pengendalian acara dan penyelidikan berkaitan pembangunan geoekonomi di rantau ASEAN. Beliau juga berminat dalam pengurusan program dan bidang komunikasi.