MOHD HASHRIZAL ZAINOL HARIS
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Mohd Hashrizal merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Aexis Group of Companies yang memfokuskan industri teknologi maklumat dan pertanian. Dengan pengalaman lebih dari 19 tahun, beliau mempunyai kemahiran teknikal dan komersial yang diperoleh selama bertahun-tahun dan dipraktikkan dalam pelbagai peranan yang mencabar dalam banyak bidang (seperti penjagaan kesihatan, telekomunikasi, keselamatan awam, pendidikan & pertanian).
Beliau merupakan bekas Presiden TGOC (Alumni Kolej Sains MARA Trolak / 2016-2019). Beliau menerajui ahli alumni melalui pelbagai Program CSR termasuklah program bantuan banjir, program perpaduan seperti program perayaan Hari Raya & Tahun Baru Cina, bantuan untuk komuniti yang kurang bernasib baik dan program motivasi untuk calon-calon SPM 2019.