YB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN

PENGERUSI & PENGASAS

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin merupakan Perdana Menteri kelapan dari Mac 2020 hingga Ogos 2021. Beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan telah berkhidmat dengan tiga kerajaan berbeza dalam era politik moden Malaysia. YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin pernah memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran kerajaan di beberapa kementerian termasuk menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2009:
● Menteri Belia dan Sukan (1995-1999)
● Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (1999-2004)
● Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008)
● Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009)
● Menteri Pendidikan (2009-2015)
● Menteri Dalam Negeri (2018-2020)
Kepimpinan YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin terserlah dalam memimpin Malaysia ketika menghadapi pandemik COVID-19. Beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tenang, berwibawa, serta paling layak menerajui kepimpinan negara dalam berhadapan dengan krisis ekonomi, kesihatan dan sosial ekoran ketidaktentuan yang berlaku akibat pandemik ini. YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menerajui Majlis Pemulihan Negara (MPN) sebagai Pengerusi dari 21 Julai 2021 sehingga dibubarkan pada 21 Disember 2022.

Back to top button