Berita & Pendapat

Pembukaan Sempadan China Beri Kesan Positif Perniagaan

KUCHING: Pembukaan sempadan China akan memberikan kesan positif kepada sektor perniagaan di Malaysia termasuk Sarawak.

Felow Kehormat Institut Masa Depan (Masa), Datuk Dr. Madeline Berma berkata, sektor perniagaan seperti hartanah dan logostik di negeri ini akan berkembang lebih pesat dengan pembukaan semula sempadan China.

Menurutnya, China merupakan kuasa ekonomi dunia, dan rakan dagang utama Malaysia.

“Semestinya pembukaan sempadan ini akan meningkatkan perdagangan antara dua negara ini.

“Selain itu, sektor pelancongan dan perdagangan asing juga akan meningkat,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

China dilaporkan akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini, selepas hampir tiga tahun ditutup susulan pandemik Covid-19.

Dr. Madeline berkata, pembukaan sempadan China juga boleh menyebabkan peningkatan kes Covid-19.

“Sarawak perlu memperketatkan kawalan terhadap pelancongan dari China.

Kos pengawalan Covid-19 juga akan meningkat. “Justeru, kajian mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti varian baharu yang mungkin muncul,” ujarnya.

Sumber: https://sarawakvoice.com/2023/01/02/pembukaan-sempadan-china-beri-kesan-positif-perniagaan/

 

Back to top button