MPDPPEMACU Intelek

Pembangunan Sabah ke arah Mencapai Kelestarian Hidup Masyarakat dan Kunci Kepada Malaysia Sebagai Negara Maju 2025

Sesi Perbincangan Terarah (FGD)

Memfokuskan kepada 3 tema utama iaitu Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar. Manakala objektif akan tertumpu kepada matlamat kajian iaitu;

1) Mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang terhadap kesejahteraan rakyat di negeri
Sabah
• Apakah pendapat anda mengenai kepesatan pembangunan di negeri Sabah
• Sejauh manakah pelan pembangunan kerajaan membantu jurang pendapatan
• Bagaimanakah peningkatan kemajuan infrastuktur memudahkan kelangsungan kehidupan
• Sejauh manakah birokrasi kerajaan memudahkan urusan rakyat

2) Menentukan indikator yang mempengaruhi jurang ketidak seimbangan antara negeri Sabah dan Semenanjung
• Sejauh manakah pelan pembangunan ekonomi di Sabah seiring dengan Semenanjung
• Bagaimanakah kerajaan negeri memanfaatkan dana yang diperuntukkan dalam pembangunan
• Apakah rakyat menikmati setiap pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan

3) Menilai dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di negeri Sabah terhadap kesejahteraan rakyat
• Bagaimana tadbir urus kerajaan negeri melancarkan dasar pembangunan sedia ada
• Sejauh mana ketulusan projek-projek kerajaan tanpa dipengaruhi rasuah
• Apakah penekanan integriti dalam pembuatan keputusan
• Sejauh mana peranan pemegang taruh dalam memastikan bantuan yang diberikan sampai
kepada rakyat

Back to top button