Institut Masa Depan Malaysia (MASA) terus memainkan peranannya sebagai peneraju penyelidikan dasar dalam menyokong penghasilan kajian berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara, dengan sekali lagi menawarkan geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar Institut Masa Depan Malaysia (MASA) kohort-2 (MPDP 2.0).
MPDP 2.0 merupakan kesinambungan daripada MPDP yang telah diperkenalkan pada September 2021. Sebanyak 27 kertas cadangan telah terpilih daripada sejumlah 254 kertas cadangan yang dikemukakan oleh 29 buah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).
MASA mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima geran penyelidikan MPDP yang berjaya. Semoga hasil penyelidikan MPDP 2.0 ini dapat memperkukuhkan misi dan visi MASA untuk mempromosikan gagasan kemakmuran bersama bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat sejagat.